Followers

Monday 6 June 2011

RAKAMAN PERASMIAN PROGRAM JEJAK INSPIRASI MOTOCROSS, KENDURI SEKAMPUNG DAN IKHLAS BINA UPAYA ... 2011


Kehadiran YB. Dato' Mohd Khusairi disambut dengan bunga konvoi peserta motocross dan bunga manggar ....



Walaupun bertembung dengan 6 kenduri kahwin yang diadakan pada hari yang sama tetapi masih ramai tetamu yang hadir dan semakin sesak menjelang tengah hari hingga ke petang.



Ustaz SDA membacakan doa ....


En. Habib ......... Pengurus Rancangan ..


Turut berucap, Saudara Aizat , Pegawai SERANTA Jabatan Perdana Menteri .....


Ketua Kampung .... En. Abd Razak  Hj baharuddin  ... 
Sambil berucap sempat juga memohon beberapa peruntukan daripada YB ...


YB. Mohd Khusairi (ADUN SLIM) ...... berucap dan merasmikan program 3 dalam 1.

YB turut meluluskan peruntukan awal sebanyak RM 5,000.00 kepada Persatuan Motocross Trolak untuk  meningkatkan kemudahan keselamatan litar. Beliau juga berjanji akan memberikan lagi beberapa peruntukan bagi menaik taraf litar.

Selain itu YB juga meluluskan peruntukan sebanyak RM 20,000.00 untuk pembinaan "Grandstand" untuk Padang Awam.

Beliau juga menambah bahawa sebuah Dewan Besar akan dibina bersebelahan litar motocross yang bernilai lebih RM 1,000,000.00. Projek ini akan dimulakan seawal yang mungkin sebaik sahaja segala urusan yuang berkaitan diselesaikan.

Pada sebelah petang, Dato' Seri Ong Ka Chuan (Ahli Parlimen Tg. Malim) juga telah singgah serta melepaskan peserta motocross. Beliau juga telah meluluskan sumbangan sebanyak RM 5,000.00 kepada Kelab Motocross Trolak.





Sempat juga YB mengambil gambar dengan hp beliau ...


Antara penonton yang hadir ..... tinggi tu Saudara Mazlan .... jaga-jaga, jangan  jatuh...


Dalan kesibukan bermotocross, sempat juga adik-adik ni berniaga ......CANTIKKKK


Ni .. gerai Saudara Johari & Famili ... nak minum apa Dato" ??

BICYCLECROSS ...... UNTUK SI CILIK


Antara peserta yang datang awal ialah peserta "BICYCLECROSS" iaitu peserta cilik yang mula berjinak-jinak dengan motocross.


Peserta dilepaskan oleh En. Abd Razak selaku ketua Kampung.



Turut serta ialah peserta "BICYCLECROSS" dari masyarakat orang asli yang setia hadir memeriahkan lagi suasana.

## Walau bagaimanapun aksi-aksi "Bicyclecross" ini tidak sempat dirakamkan kerana saya ditugaskan sebagai hakim pertandingan.


MERIAHNYA SUASANA & AKSI "JEJAK INSPIRASI MOTOCROSS" 2011 ....
















Tinggi tu Tok Jan .....




Saudara Sham ... DJ setia anda ......


Ni apa hal pulak .... Ini nasib yang menimpa Saudara YUS Trolak Utara yang kemalangan semasa sessi memanaskan enjin .... nampak gayanyerr kena lupakanlah dulu hasrat nak bertanding hari ni ....
Sabo jer Yus ....



Antara yang hadir memeriahkan suasana ialah masyarakat orang asli yang tinggal berhampiran .... Inilah semangat 1 MALAYSIA ..


Kelihatan Pak Syed sedang menyatakan sesuatu kepada para petugas dan Marsyall yang bertugas tentang pentingnya soal keselamatan ....


Acara akhir .... Kategori "CUP Standard Open" ....




Peserta paling popular ..... adik Afiq bergambar bersama-sama peminat setianya ...