Followers

Monday, 6 June 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ........ SYABAS & TAHNIAH


Sijil- sijil disampaikan oleh YB. Dato' Mohd Khusairi b. Abd Talib  kepada wakil peserta serta jawatankuasa pertandingan dengan diiringin oleh Ketua Kampung En. Abd Razak b. Hj. Baharuddin.



Cenderahati kepada YB disampaikan oleh En. Habib , Tuan Pengurus Felda Trolak Selatan.


Hadiah-hadiah kepada para menenang dalam setiap kategori yang dipertandingkan disampaikan oleh En. Abd Razak.










Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.....

Sunday, 5 June 2011

JEJAK INSPIRASI - "KENDURI SEKAMPUNG"


Pada 4 Jun 2011, bersempena Program Jejak Inspirasi Motocross serentak diadakan juga Program Jejak Inspirasi Kenduri Sekampung di lokasi yang sama. Dalam program ini masyarakat Felda Trolak Selatan bergotong-royong menyediakan juadah makan tengah hari kepada semua yang hadir menyaksikan pertandingan motocross. 

Antara yang turut serta ialah ahli-ahli GPW, Perkumpulan Wanita, Persatuan Belia, Pergerakan Wanita dan Puteri serta ahli-ahli Kelab Motocross Trolak.

Walaupun pada hari yang sama sebanyak 6 kenduri kahwin dilangsungkan di dalam kariah Trolak Selatan, namun pengunjung yang hadir ke Progran Kenduri Sekampung ini amat menggalakkan termasuk daripada masyarakat orang asli yang tinggal berhampiran.



Ha ... masa ni lah nak tunjukkan skill memasak ...... kat rumah tak berpeluang ....





Sambil buat kerja ... pekena "teh kaw" dengan kuih jemput ....


Cuci .... Cuci ... jangan sampai putih daging tu dah la .... kata orang hilang manisnya ...


Yang ni pulak kena kacau ... kalau tak hangit ....




Yang ni .. Ketua Kampung ....... tengok-tengok anak buah ....



Hati-hati kak ooiii ... jangan terpotong jari pulak ......



Yang ni geng-geng VIP .... antaranya YB. Dato' Mohd Khusairi , En. Habib (Pengurus), Pak Chat, Pak Long, En. Saad, Saudara Ibrahim.  "Last check" .... ok ker tak ok ....


Apa tunggu lagi .... dah siap .... jom makan...



Berselera nampak .........





En. Aizat (Pegawai SERANTA) pun ada ....


Pak Chat, dah siap makan pekena rokok la pulak ..... Abang Jo tak makan pun .... diet ker ..

Apa-apa pun memang best .......
Harap-harap tahun depan ada program macam ni lagi ....

Rahsia makan sedap : MAKAN KETIKA PERUT BETUL-BETUL LAPAR ......


Saturday, 4 June 2011

JEJAK INSPIRASI - " Program Ikhlas Bina Upaya"


Setelah selesai menghadiri Majlis Jejak Inspirasi Motocross Gugusan Trolak, YB. Dato' Mohd Khsairi b. Abdul Talib (ADUN SLIM) bersama-sama YB. Dato' Seri Ong Ka Chuan (Ahli Parlimen Tg. Malim) telah meneruskan Program Ikhlas Bina Upaya dengan membuat kunjungan menziarahi beberapa orang warga tua yang uzur di sekitar Felda Trolak Selatan.

Antara rumah yang dikunjungi ialah rumah 416, Encik Ibrahim b. Mohd. Isa. Sambil bertanyakan khabar YB turut menyampaikan buah tangan daripada Kerajaan Negeri di bawah Program Ikhlas Bina Upaya.

Turut serta dalam rombongan ini ialah En. Aizat (Pegawai SERANTA dari Jabatan Perdana Menteri), wakil GPW, En. Musa & Pegawai SDA , wakil Wanita dan Puteri UMNO serta wakil Persatuan Belia.




YB. sedang berada di rumah 135, Jalan Jerai untuk menemui Ustaz Abdullah b. Hj. Shokri (Bekas Naib Khadi).




Tidak ketinggalan singgah di rumah 001 Jalan Besar untuk menziarahi keluarga En. Saad dan isteri (Pn. Halijah bt. Ahmad)


Saya dimaklumkan bahawa selepas ini terdapat 7 buah rumah lagi yang akan dikunjungi bagi menziarahi warga yang uzur.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan agar hubungan pemimpin dan rakyat dapat dieratkan ......

Thursday, 2 June 2011

Persediaan Majlis Pembukaan Rasmi Litar Motocross Dan Kenduri Sekampung ...


Kelab Motocross Trolak yang berganding bahu bersama-sama Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) Felda Trolak Selatan akan mengadakan "Jejak Inspirasi Motocross Gugusan Felda Trolak dan Majlis Kenduri Sekampung" yang akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 4 & 5 Jun 2011 di persekitaran Litar Kelab Motocross Trolak.

Dimaklumkan Dato' Khusairi b. Hj. Abd Talib (ADUN Kawasan Slim)  akan turut hadir merasmikan Litar Kelab Motocross Trolak juga akan bersama-sama masyarakat setempat menjayakan "Kenduri Sekampung". 

Pelbagai acara juga telah dirancang dan akan dilaksanakan bagi memenuhi aktiviti selama 2 hari tersebut.


Sebahagian daripada para petugas yang bertungkus-lumus menyediakan segala kemudahan logistik sebelum majlis bermula pada hari esok. Antaranya ialah En. Razlan, Yus (Tok Jan), Pak Mat, En. Hashim, En. Ibrahin dan En. Anuar (Pegawai Hal Ehwal Khas - JASA)



Kelihatan En. Anuar Yusuf (JASA) begitu bersemangat sedang berbincang tentang apa yang patut dilakukan agar majlis dapat dijalankan dengan sempurna dan lancar.


Tidak ketinggalan juga En. Abdul Razak b. Hj. Baharuddin (Naib Pengerusi JKKR) turut turun padang untuk bersama-sama para petugas dengan memberikan sokongan moral serta memantau persediaan yang dijalankan.

Semenjak mengambil alih jawatan sebagai Naib Pengerusi JKKR dua tahun yang lalu, pelbagai projek dan aktiviti yang beliau laksanakan tanpa meminggirkan keperluan golongan belia dan remaja. Semoga banyak lagi tranformasi yang akan dilakukan bagi menaikkan taraf masyarakat Felda khususnya masyarakat Felda Trolak Selatan.



Bersama-samalah kita hadir dan memeriahkan majlis "Jejak Inspirasi Motocross Gugusan Felda Trolak dan Majlis Kenduri Sekampung" 

Kehadiran Tuan Puan amat dialu-alukan dan dihargai ......... Terima kasih daun keladi

Motocross Professional ....